Thursday, 23 January 2014

ADAKAH ANDA KERAP MENGHADAPI MASALAH SEMBELIT SEHINGGA KE TAHAP SERIUS?




Tahukah anda kanser usus merupakan salah satu faktor 

punca berlakunya masalah sembelit kronik?

Kanser usus sukar dikesan di peringkat awal.

Kebanyakan pesakit akan mengetahuinya setelah menunjukkan petanda penyakit ini berada di peringkat serius.

Antara tanda kanser usus sudah kronik ialah apabila pesakit mengalami masalah membuang air besar.

Pembentukan sel kanser di dalam usus besar yang menghalang laluan najis.

Sembelit yang kronik merupakan salah satu simptom kepada masalah kanser usus atau kolon.

Sel kanser yang semakin membesar menyebabkan bukan sahaja najis tidak dapat melalui usus dengan sempurna.

Malah tidak dapat mengeluarkan angin daripada badan.

Beberapa simptom yang boleh mengesan kanser usus antaranya adalah najis yang bercampur darah.

Antara ujian yang akan dilakukan ialah kolonoskopi.

Tiub akan dimasukkan ke dalam badan untuk melihat keadaan di dalam kolon.

Jika terdapat ketumbuhan biasa, ia akan dibuang dengan menggunakan peralatan tersebut.

jika kanser usus dikesan, pembedahan akan dijalankan bagi membuang usus yang dijangkiti sel kanser.

Setelah pembedahan dilakukan sistem pencernaan akan kembali berfungsi dengan baik dan masalah sembelit akan hilang.

No comments:

Post a Comment